15 Jul 2016

SENDAYU TINGGI DOLL SKIN BB CUSHION REVIEW

assalamualaikum semua!

rasanya masih belum terlambat kot kalau hanah nak wish selamat hari raya pada kesemua umat islam dalam malaysia ini dan pembaca blog hanah khasnya. hehe. maaf jika dalam entri entri hanah sebelum ini ada sepatah dua kata yang mungkin telah mengguris hati awak secara sengaja atau tidak sengaja. ampun tau, gurau gurau manja je tuu. ;)

next, lets straight away to our main story. bagi yang tak tahu, Sendayu Tinggi atau ST baru saja keluarkan produk baru. their very first bb cushion! its called DOLL SKIN BB CUSHION. kesemua produk dalam koleksi doll skin memang jadi favorite hanah, terutama sekalli doll skin foundation. ini, keluar pula bb cushion, lagilah terasa excited nak cuba. hiks.




i got it online melalui website sendayu tinggi. boleh juga dapatkan di outlet-outlet SENDAYU TINGGI atau farmasi Watson seluruh Malaysia.

hanah order dua bb cushion ni. satu untuk hanah, satu lagi untuk ibu hanah. ibu pun peminat doll skin produk dari ST ni dan untuk makluman, ibulah yang memula kenalkan doll skin foundation  pada hanah. dari situlah hanah mula jatuh chenta dengan produk sendayu tinggi. hehe.

untuk makluman awak lagi, bb cushion ni ada tiga shades tau. tengok gambar dibawah untuk tahu perbezaan warna ketiga-tiga kod ni.




inilah rupa kotak ST bb cushion. sama je packaging dia dengan produk doll skin yang lain. make sure dekat kotak ada tulis bb cushion tau! :) dan tengok dekat  kotak kita boleh tahu bb cushion st ni tanpa paraben, memberi efek glowing pada wajah , ade spf 35 lagi tu.


hanah dan ibu masing-masing pilih kod 02 : lollipop.


in case awak nak tahu bahan-bahan yang terkandung dalam bb cushion ini.


tadaa! comel giler case cushion ni. pink winky gituu! 


side view. 


back of the cushion. size cushion ni macam kebanyakkan cushion yang dijual dekat luar sana. so dont worry, it travel friendly. :)


just like other cushions, it came with an innocent clean mirror. haha.






dekat film tu cakap, kalau dah buka kertas tu  kena guna cushion ni. jangan peram cushion ni lama lama tak pakai kering dia nanti. dan sila tutup rapat-rapat lepas guna okayh. :)


lembuuuuut sangat puff ni. beza dengan puff cushion dan compact powder yang hanah pernah guna sebelum ni. love!


here's the color of no. 02 code. maaf sebab tak berapa jelas sangat. kamera macam out of focus tetiba. XD

untuk makluman hanah dah cuba bb cushion ni dari pagi sampai lewat petang semalam. dan hanah  jatuh chenta sangat sangat dengan cushion ni. well, susah tau nak jatuh cinta pandang pertama dengan produk muka ni. biasa kena cuba dua tiga kali baru rasa puas hati. kannn. ;)

it covers very well, boleh apply 2 layer kalau bebetul nak full coverage. tapi hanah tepek satu layer je dah boleh cover segala mak nenek cela. huhu.  kebiasaannya bila pakai lama lama cushion ni, coverage dia akan pudar but nooo with st bb cushion. lagi lama pakai, muka nampak glowing mowing je tau. sebab apa, sebabnya cushion ni sweat proof atau dalam melayunya, kalis peluh. muka langsung tak bercapuk bila berpeluh. 

plus, bila apply bb cushion ni dekat muka, rasa macam tak pakai apa-apa! tekstur yang sangat light dan tak rasa melekit langsung! muka rasa sejuk bila guna. it stays all day long kalau awak tak cuci muka tu. serius tak tipu tau! disebabkan cuti bendera merah, hanah boleh guna tengok kesan bb cushion ni dari pagi sampai lah lewat petang. and for the first time, hanah berani tak apply bedak sebab bb cushion ni dia punya awesome, buatkan muka tu tak berminyak walau tak pakai bedak. major love!

overall, hanah tersangat sangatlah berpuas hati dengan SENDAYU TINGGI DOLL SKIN BB CUSHION ni. rugi sangat bagi sesiapa yang belum dapatkan produk ni. mungkin bb cushion ni dah ada dekat watson berdekatan awak semua. cepat okay! produk doll skin ni memang macam goreng pisang panas.cepat je dah habis. 

st bb cushion ni memang dicipta khas untuk kulit orang malaysia. so dont worry, it totally different from others. cuba sendiri baru awak tahu.

it retail for rm49.90 untuk semenanjung malaysia. affordable kan! so grab cecepat okayh!

bagi yang nak order melalui website sendayu tinggi, boleh klik link bawah ni ya. 





duu!



2 comments:

  1. ade refill skli x..xsbr rse nk try

    ReplyDelete
  2. Sis nak tanya, bb cushion ni tahan berapa bulan ye? tq😊

    ReplyDelete